Pages

Friday, January 14, 2011

Jom Layan Karnival Insaniah Bestari 2011..

Assalamualaikum kawan-kawan suma... sihat ke? Harap2 sihat la ek. Sebenarnya aku nk kongsi berita terkini hiburan sensasi yang berlaku di kediaman ku yakni Kolej Harun Aminurrashid (KHAR).

Sekarang ni berlangsungnya Karnival Insaniah Bestari 2011 (KARIB' 11) anjuran Kolej Harun Aminurrashid (KHAR). Karnival ni bermula dari 13-16 Januari 2011. Banyak aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang karnival ni. Antaranya ada pameran, forum, bengkel, persembahan pelajar2 KHAR n artis jemputan dan yang paling penting, ada dibuka gerai2 yang menjual bermcam2 makanan, pakaian, aksesori dan lain2 la.

So..tunggu apa lagi kawan2, marilah beramai2 memeriahkan karnival ini. Bagi support pada pihak KHAR yang anjurkan program ni n penjual2 yang berniaga di sini. hehehe.. tiap kali balik dari kerja, aku cuci mata dlu tgk gerai2 jualan. Ushar line dlu, esok or lusa baru nk bli. hehehe... nnti aku upload pic2 kt sini ek. tu pon kalo aku ingt nk amik pic la. hahahah..ngn mila ni susah betul nk menjongket. hehehhe..


ok cau dlu...

Thursday, January 13, 2011

how do i live...

How do I get through one night without you
If I had to live without you
What kind of life would that be
Oh I, I need you in my arms
Need you to hold
You're my world, my heart, my soul

If you ever leave
Baby you would take away everything good in my life
And tell me now

How do I live without you
I want to know
How do I breathe without you
If you ever go
How do I ever, ever survive
How do I
How do I
Oh, how do I live

Without you, there'd be no sun in my sky
There would be no love in my life
There'd be no world left for me
And I, oh Baby, I don't know what I would do
I'd be lost if I lost you
If you ever leave
Baby you would take away everything real in my life
And tell me now

How do I live without you
I want to know
How do I breathe without you
If you ever go
How do I ever, ever survive
How do I
How do I
Oh, how do I live

Please tell me baby
How do I go on

If you ever leave
Baby you would take away everything
Need you with me
Baby don't you know that you're everything good in my life
And tell me now

How do I live without you
I want to know
How do I breathe without you
If you ever go
How do I ever, ever survive
How do I
How do I
Oh, how do I live

how do I live without you
how do I live without you baby
how do I live…




***to my little princess mila.. mummy luv u very much...

Tuesday, January 11, 2011

Mai Nur Shamila a.k.a Mila...

Mila...

Setiap kali mengingati si anak kecil ni..hati dipaut rasa gembira dan bahagia. Gembira melayan karenahnya..gembira melihatnya membesar. Dalam erti kata lain membesar bagai johan! hehehe...

Bakal menginjak usia 10 bulan pada 28 hari bulan ni, sudah bermacam2 ragam yg ditunjukkan pada mummynya. Yg pasti sumanya amat menyeronokkan. Hati yang berduka kembali ceria tatkala memandang senyuman dan tawanya, badan yg letih menjadi segar tatkala menatap matanya yg bersinar indah, mulutnya berceloteh itu ini dgn bahasa yg sukar dimengertikan. hehehe.. tetapi semuanya sempurna pada pandangan mata ku.. Semua anugerah ini membuatkan aku amat mensyukuri pemberian yang tidak terhingga dari Allah. Alhamdulillah.. Ya Allah.. Harapan ku agar mila menjadi anak yang solehah, bijak dan mendengar kata kedua org tuanya..Aminn...



Friday, June 25, 2010

i'm back...

Salam..

Telah lama ku tinggalkan blog ku ini. Namun hari ini hatiku terpanggil untuk mencoret serba sedikit di laman blog aku ni..janji update la..(itu pn setelah intan menyuruh aku update blog. hehehe).Hmm..apa kisah yg aku nk citerkan dlu ek?hehehe...citer psl anak dlu la. hehehe..

Pada tanggal 28 Mac 2010(Ahad) pukul 6.25pagi, aku telah selamat melahirkan seorg bayi perempuan seberat 2.8kg di Hospital Ipoh. Seakan tidak percaya aku sekarang bergelar seorg ibu kepada seorang anak perempuan yang diberi nama Mai Nur Shamila bt. Suniza. Dah ada anak dah..hehehe..Minggu dpn Mila berusia 3 bulan. Kejap je masa berlalu kan? Layan pic mila dlu la..xde idea nk tulis apa. hahaha





pic masa mila baru beberapa hari..




ni Mila baru berusia 44 hari













Wednesday, December 16, 2009

update blog...

assalamualaikum semua...harap semuanya dlm keadaan sihat sejahtera.

sudah terlalu lama aku meninggalkan blog ku ini..hehehe..x reti2 nk update ker?? aku pon x tau ke mana ilangnya semngat membuat blog ku ini. huhuhu... bila sudah terlalu lama tidak mencoret di blog aku ni, aku pon x tau nk tulis apa. hahahha...byk sgt kisah yg telah berlalu dan telah aku lupa.

pd 4-6 disember 2009, aku n famili gi bercuti kt p.pangkor. kami menginap di purnama beach resort.. amik chalet yg jenis house style. harganya rm250 semalam. best jugak tempat tu. chalet yg aku sewa ni berdekatan dgn chalet masa aku honeymoon bersama suami tersayang. huhuhu...sempat la mengimbas kembali kenangan manis antara aku n suami. hahahha....

ni aku selitkan gambar-gambar yg sempat diambil masa percutian tu.. rajin2 la tgk ek. hehehe..




























Friday, August 14, 2009

besday parti...

huhh lama sungguh aku x update blog ku ini... hehehe... sumanya gara2 keje ku yg menimbun dan ditambah pulak dengan kemalasan aku yg ditahap dewa. blog sendiri pon x bukak2. hehehehe...

arini 14 ogos 2009 (jumaat), aku dikejutkan dgn surprise dri kwn2 opis yg membuat besday parti utk aku. mmg aku x jangka..maklum la besday dh lepas. hehehe... patut la pagi ni mcm ada yg nk sabotaj aku je..rupanya ada udang di sebalik batu.

thanks kwn2 sbb belikan cheese kek yg sedap tu. thanks gak buat kak as yg sudi masak spegeti cheese + mushroom. maveles betul rasanya.... sungguh terharu..huk huk huk.. ok, jom layan pic yg ada...


ni la cheese kek nya..


ni lak org2 yg membuat onar. hehehe.. dr kiri: mirah, kak as n ika


ni la mangsanya... hehehe aku le tu..



jemput makan suma...hehehe..


dia ni la yg bersungguh2 makan spegeti. huhu..jgn marah ek ika.



hepi besday to me n ika..potong kek cepat!! dh x sabar nk makan.










lepas makan jgn lupa basuh pinggan.. hehehe..


ni la anak dara yg rajin kt ipm. ika n mirah.. hehehe..


apa2 pon thanks a lot buat suma kwn2 yg menjayakan acara makan2 ni. dpt makan free. huhuhu..luv u all...muahhh...

Wednesday, July 22, 2009

Israk dan Mikraj..

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ


Imbauan peristiwa Israk dan Mikraj menjelma setiap kali tiba tarikh 27 Rejab. Rentetan peristiwa itu wajar dihayati kerana ia bukan sekadar mengisahkan perjalanan Rasulullah SAW tetapi adalah pengalaman bermakna dalam kehidupan peribadi Baginda sendiri.

Israk dan Mikraj adalah peristiwa besar yang mengandungi hikmah agung menunjukkan kekuatan Allah mencipta ala mini. Al-Quran mengabadikan peristiwa itu dalam surah al-Isra’ dan al-Najm. Ia membuktikan impak sebenar peristiwa itu yang membenarkan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan tidak menghadkan risalah al-Quran yang dibawa Baginda diturunkan kepada bangsa Arab semata-mata.

Pemilihan Baginda SAW bagi mengesakan Allah dalam peristiwa Israk dan Mikraj adalah suatu penghormatan besar yang diberikan Allah kepada seorang Nabi yang juga Rasul terakhir.


Perjalanan Baginda SAW dalam peristiwa itu mencabar pemikiran manusia secara keseluruhannya. Hanya manusia yang beriman dan meyakini kekuasaan Allah saja yang dapat menerima kejadian itu sebagai kebenaran dan lambang kekuasaan Allah.


Namun tidak kurang pula yang menolaknya kerana apa yang berlaku dalam peristiwa Israk dan Mikraj tidak masuk dengan logik akal manusia secara lazim.


Peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku setahun sebelum penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah dianggap peristiwa penting kepada seluruh umat Islam. Ada sedikit khilaf dalam menentukan tarikh sebenar, tempat, bulan dan malam berlakunya peristiwa itu, tetapi ia tidak dapat meyakinkan mukmin untuk menerima kebenaran peristiwa tersebut.


Ulama mencapai kata sepakat sesiapa yang tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj hukumnya adalah kafir. Ia jelas dinyatakan dalam firman Allah Taala yang bermaksud: "Maha suci Allah yang membawa hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa di Palestin yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang amat mengetahuinya." (Surah al-Isra', ayat 1)


Daripada riwayat sahih, diceritakan mengenai beberapa kejadian yang berlaku kepada Rasulullah SAW sebelum Baginda dibawa berjalan dalam Israk dan Mikraj. Diceritakan Rasulullah SAW dibawa malaikat Jibril dari rumahnya ke Baitul Muqaddis. Bersama Jibril, ada bekas (bejana) yang mengandungi hikmat dan iman, lalu dimasukkkan ke dalam tubuh Rasulullah SAW apabila selesai proses membelah dada dan penyucian hati dengan air zamzam.



KemudianAllah membawa satu makhluk lain yang panjang dan berwarna putih serta boleh melangkah sejauh mata memandang yang dinamakan buraq. Lalu Rasulullah SAW ditemani Jibril berangkat (Israk) ke Baitul Muqaddis menaiki buraq.


Dari Baitul Muqaddis, Baginda SAW kemudian Mikraj ke langit pertama hingga ke tujuh. Allah memperlihatkan pelbagai kejadian aneh dan pelik kepada Rasulullah SAW sepanjang perjalanan sebagai gambaran balasan kepada hamba-Nya yang berbuat kebaikan dan kemungkaran sepanjang kehidupan di dunia.



Peristiwa paling besar dan penting diterima Rasulullah SAW ialah perintah Allah supaya umatnya melakukan ibadat solat fardu. Sewaktu tiba di Sidratul Muntaha, Rasulullah SAW menerima perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya iaitu sebanyak 50 waktu sehari semalam.


Sebaik menerima perintah itu, tanpa banyak bicara Rasulullah SAW dan Jibril bersiap untuk turun ke bumi. Pada ketika itu, Baginda SAW bertemu Nabi Musa yang bertanyakan hal itu. Selepas mendengar penjelasan Rasulullah SAW, Nabi Musa berkata:"Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah keringanan kerana bilangan itu tidak akan terdaya dilakukan umatmu ya Muhammad". Rasulullah SAW dan Jibril telah kembali menghadap Tuhan. Selepas dipohon keringanan itu, maka jumlah solat dikurangkan kepada 40 kali. Apabila berjumpa dengan Nabi Musa kembali, ia meminta Rasulullah SAW menemui Allah Taala sekali lagi supaya jumlah itu dapat dikurangkan lagi. Beberapa kali Rasulullah SAW berulang alik menemui Allah Taala, sehinggalah Allah Taala mengurangkan kepada 10 dan akhirnya menjadi lima waktu sahaja. Nabi Musa masih merasakan umat Muhammad tidak akan mampu melaksanakan ibadah solat lima waktu itu tetapi Rasulullah SAW nekad untuk tidak lagi menghadap Allah Taala kerana Baginda berasa malu untuk berdepan dengan Allah. Biarpun jumlah itu dikurangkan menjadi lima waktu sahaja, namun ganjaran pahala mengerjakannya tetap menyamai ibadah solat 50 waktu.

Banyak lagi peristiwa diperlihatkan Allah Taala kepada Rasulullah SAW sepanjang peristiwa mikrajnya ke langit. Semoga kita mendapat bermunasabah diri, merenung dan menghayati dengan sebaiknya dan mengambil iktibar daripada perisitwa itu pada bulan Rejab yang mulia ini.