Pages

Wednesday, July 22, 2009

Israk dan Mikraj..

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ


Imbauan peristiwa Israk dan Mikraj menjelma setiap kali tiba tarikh 27 Rejab. Rentetan peristiwa itu wajar dihayati kerana ia bukan sekadar mengisahkan perjalanan Rasulullah SAW tetapi adalah pengalaman bermakna dalam kehidupan peribadi Baginda sendiri.

Israk dan Mikraj adalah peristiwa besar yang mengandungi hikmah agung menunjukkan kekuatan Allah mencipta ala mini. Al-Quran mengabadikan peristiwa itu dalam surah al-Isra’ dan al-Najm. Ia membuktikan impak sebenar peristiwa itu yang membenarkan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan tidak menghadkan risalah al-Quran yang dibawa Baginda diturunkan kepada bangsa Arab semata-mata.

Pemilihan Baginda SAW bagi mengesakan Allah dalam peristiwa Israk dan Mikraj adalah suatu penghormatan besar yang diberikan Allah kepada seorang Nabi yang juga Rasul terakhir.


Perjalanan Baginda SAW dalam peristiwa itu mencabar pemikiran manusia secara keseluruhannya. Hanya manusia yang beriman dan meyakini kekuasaan Allah saja yang dapat menerima kejadian itu sebagai kebenaran dan lambang kekuasaan Allah.


Namun tidak kurang pula yang menolaknya kerana apa yang berlaku dalam peristiwa Israk dan Mikraj tidak masuk dengan logik akal manusia secara lazim.


Peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku setahun sebelum penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah dianggap peristiwa penting kepada seluruh umat Islam. Ada sedikit khilaf dalam menentukan tarikh sebenar, tempat, bulan dan malam berlakunya peristiwa itu, tetapi ia tidak dapat meyakinkan mukmin untuk menerima kebenaran peristiwa tersebut.


Ulama mencapai kata sepakat sesiapa yang tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj hukumnya adalah kafir. Ia jelas dinyatakan dalam firman Allah Taala yang bermaksud: "Maha suci Allah yang membawa hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa di Palestin yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang amat mengetahuinya." (Surah al-Isra', ayat 1)


Daripada riwayat sahih, diceritakan mengenai beberapa kejadian yang berlaku kepada Rasulullah SAW sebelum Baginda dibawa berjalan dalam Israk dan Mikraj. Diceritakan Rasulullah SAW dibawa malaikat Jibril dari rumahnya ke Baitul Muqaddis. Bersama Jibril, ada bekas (bejana) yang mengandungi hikmat dan iman, lalu dimasukkkan ke dalam tubuh Rasulullah SAW apabila selesai proses membelah dada dan penyucian hati dengan air zamzam.



KemudianAllah membawa satu makhluk lain yang panjang dan berwarna putih serta boleh melangkah sejauh mata memandang yang dinamakan buraq. Lalu Rasulullah SAW ditemani Jibril berangkat (Israk) ke Baitul Muqaddis menaiki buraq.


Dari Baitul Muqaddis, Baginda SAW kemudian Mikraj ke langit pertama hingga ke tujuh. Allah memperlihatkan pelbagai kejadian aneh dan pelik kepada Rasulullah SAW sepanjang perjalanan sebagai gambaran balasan kepada hamba-Nya yang berbuat kebaikan dan kemungkaran sepanjang kehidupan di dunia.



Peristiwa paling besar dan penting diterima Rasulullah SAW ialah perintah Allah supaya umatnya melakukan ibadat solat fardu. Sewaktu tiba di Sidratul Muntaha, Rasulullah SAW menerima perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya iaitu sebanyak 50 waktu sehari semalam.


Sebaik menerima perintah itu, tanpa banyak bicara Rasulullah SAW dan Jibril bersiap untuk turun ke bumi. Pada ketika itu, Baginda SAW bertemu Nabi Musa yang bertanyakan hal itu. Selepas mendengar penjelasan Rasulullah SAW, Nabi Musa berkata:"Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah keringanan kerana bilangan itu tidak akan terdaya dilakukan umatmu ya Muhammad". Rasulullah SAW dan Jibril telah kembali menghadap Tuhan. Selepas dipohon keringanan itu, maka jumlah solat dikurangkan kepada 40 kali. Apabila berjumpa dengan Nabi Musa kembali, ia meminta Rasulullah SAW menemui Allah Taala sekali lagi supaya jumlah itu dapat dikurangkan lagi. Beberapa kali Rasulullah SAW berulang alik menemui Allah Taala, sehinggalah Allah Taala mengurangkan kepada 10 dan akhirnya menjadi lima waktu sahaja. Nabi Musa masih merasakan umat Muhammad tidak akan mampu melaksanakan ibadah solat lima waktu itu tetapi Rasulullah SAW nekad untuk tidak lagi menghadap Allah Taala kerana Baginda berasa malu untuk berdepan dengan Allah. Biarpun jumlah itu dikurangkan menjadi lima waktu sahaja, namun ganjaran pahala mengerjakannya tetap menyamai ibadah solat 50 waktu.

Banyak lagi peristiwa diperlihatkan Allah Taala kepada Rasulullah SAW sepanjang peristiwa mikrajnya ke langit. Semoga kita mendapat bermunasabah diri, merenung dan menghayati dengan sebaiknya dan mengambil iktibar daripada perisitwa itu pada bulan Rejab yang mulia ini.



Wednesday, July 15, 2009

huhh...akhirnya blog ku telah diperbaiki oleh "sifu" ku iaitu kak haizan... kalo x, blog aku mcm idup segan mati x mau jer.. huahuahua... maknanya aku kena berguru lebih lgi ngn sifu aku tu. thanks a lot kak... luv u.. huhuhu

aku nk tepek skit gambor aku ngn sifu aku...hehehe..jgn marah arr sifu..gambor ni aku amik masa kami gi seminar setiausaha sempena secretary week .




beginner....

salam... hai guys...

beginner.... aku rsa suma org bole paham maksud aku bila aku letak beginner utk 1st en3 ni...aku ni baru je nk blajar cara2 blogging...ala2 newbie yg atinya suci murni gitu..ibarat kain putih bak kata org dolu2... hehehehe...

sebenarnya dh lama aku berminat utk mempunyai blog sendiri..tp tah la..agaknya x sampai seru lagi kot. tp aku jadi excited nk bukak blog sendiri bila aku tgk kawan aku..si ita ni berkobar-kobar wat blog dia n citer itu ini. hehehe...thanks ita sbb ko berjya menarik minat aku utk wat blog ni. kalo x, tah la. thanks gak kt kak haizan sbb slalu bg kata2 perangsang utk aku bukak blog. huhuhu...."kak, nnti ajar wat blog ek?" hehehehe....